Wednesday, August 17, 2011

Frustrated ! Shocked !

Assalammualaikum w.b.t dan Hi .

Terkejut+Sedih. Kenapa? Ceritanya bermula begini, pagi tadi kawan saya ada beritahu saya tentang salah satu 'variety show' Korea (memandangkan saya gila minat Korea) bertajuk 'Star King'. Dia cakap salah satu episode dari rancangan tersebut telah menghina Islam. Jadi, tadi saya telah 'search' mengenainya. 

Saya cuba mencari episod yang dikatakan tetapi tiada kerana telah ditarik balik oleh pihak penerbitan SBS (TV Korea). Isu ini amat sensitif. Dalam episod ini, seoarang perempuan kacukan Korea/Amerika keluar dari belakang pentas bersama beberapa perempuan lain dengan memakai Hijab. Tiba-tiba dia menarik mikrofon dari tangan Lee Joon (ahli kump. MBLAQ). Kemudian, dia menggemparkan rancangan tersebut dengan membuka hijabnya lalu menyanyi sambil mengajak Lee Joon menari bersama. Ahli-ahli MBLAQ menjerit keriangan apabila perempuan tersebut membuka hijabnya. 

Selepas menyanyi, Hoo Dong (pengacara) menghampiri perempuan tersebut untuk bercakap. Tiba-tiba seorang penyanyi Korea keluar sambil memakai pakaian orang Arab sambil memegang senapang. Kemudian, Lee Teuk (ketua kump. Super Junior) keluar dan ingin menunjukkan 'laporan cuaca' di  Arab Saudi. Dia membuka 'cover' kad tersebut. Gambar seorang wanita Afghanistan memegang payung memakai Hijab menutup seluruh mukanya terpapar di atas kad tersebut. Seluruh studio ketawa. Mereka mengetawakan wanita Islam yang memakai tudung tersebut. Dan banyak lagi yang mereka katakan tentang Islam. Dan semua itu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Mereka mengatakan yang Islam ini adalah pengganas ! mereka kata orang Arab hanya tahu menaiki unta. Dan macam-macam lagi. Sehubungan itu, pihak produksi SBS digesa untuk memohon maaf kepada bukan sahaja orang Arab malah kepada semua penganut Agama Islam.

To SBS, we (the Muslims all over the world) are demanding apology from SBS and Star King also all the stars involved in that show. They should thinks what their Muslims fans feelings before they did that. So frustrated. 


Ini je video yang ada kat Youtube. Takde full version.

Asslamualaikum w.b.t. 
Bye~

No comments:

Post a Comment

List of Archive :)