Friday, January 21, 2011

Per'COUPLE'an.

Assalamualaikum !
Okey. Tajuk post ni korang boleh baca kat atas tu. 'COUPLE' !
Mesti ramai yang terasa dengan tajuk tu kan? Mungkin aku juga. Haha. Sebab aku pun pernah ber'couple' nie. Banyak kali! Masa kat kem, sekolah, apa-apa projek mesti kena buat berpasangan. Haha. Gurau je. Okey. Sorry. Straight to the point !
urm. Couple kalau dirujuk kamus Oxford bermaksud pasangan. Tak kira pasangan apa pun. Belajar ke, cinta ke. Zaman ini, banyak di kalangan remaja yang berkapel (bahasa pasar nye). Apa tujuan mereka berbuat demikian? Bila ditanya jawapannya (pilih mana yg sesuai) :
a) Saja-saja
b) Suka
c) I Love Him/her
d) Tak tahu
e) Ikut kawan

"Kawan saje lorh.."
Dah ada jawapan? Urm. Kalau aku, I would choose 'tak tahu'. Haha. Okey. Banyak jugak budak sekolah yang suka bercouple ni. Jangan katakan sekolah menengah, masa zaman aku sekolah rendah lagi aku dah dengar kapel-kapel ni. Bukan nak memihak atau menyalahkan sesiapalah kan. But I really hate orang yg tengah bercouple nie menggedik depan orang ramai. merungut lah apa lah. Kalau ada baldi masa tu aku rasa aku dah muntah. Haha. Such a disgusting matter. Diam-diam sudah lah kan? Tak payah lah nak tayang 'love scene' depan orang ramai. Tak ada orang nak tengok la. I'm really sorry if I hurt you whom reading this. But this is fact. Most people hate it. So, janganlah buat ye. Haha. Kejamnya aku ni. Tiada orang yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Betul kan? Aku ada terbaca kat dalam satu novel ni. Best jugak lah. Aku amat galakkan korang semua baca. Dia kata lebih kuranglah kan ;
Novel ni lah
"Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu"
"... Islam mengharamkan umatnya meluahkan perasaan cinta kepada orang yang bukan muhrimnya... maknanya haram bagi orang Islam untuk ber'couple'..."                                                             -Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu-
Urm. lebih kurang lah bunyi dia macam tu. Nak tahu baca sendiri. Haha. HARAM rupanya meluahkan 'I Love You' kat orang bukan muhrim kita.  Baru luahkan, kalau couple dah? Waduh. Kan kita diharamkan mendekati zina. Couple tu boleh dikira mendekati lah tu. Walaweh. Peringatan kepada diri aku sendiri dan semua orang. Aku bukan reka, kalau rajin pergi tengok tafsir al-Quran. Urm. Tapi sekarang kenapa ada lagi yang buat, erk? Tak faham. Benda ni ditujukan khas kepada pelajar sekolah lah kan. Tak payah fikir pasal cinta-cinta ni. Bila couple suka. Kalau clash rasa nak bunuh diri lah apa. Frust, broken-heart apa bagai lagi tah? Kalau nak kawan bolehlah, lagi best berkawan. Sebab apa tahu? Sebab kalau kita berkawan, kita boleh kawan banyak2. Kalau dah kapel, nampak dgn makcik mana pun jealous. Tah pape. Terkongkong nya hidup gitu. My advice, pergi belajar sampai PhD ke apa ke, asalkan dapat kerja. Lepas tu, baru fikir pasal bunga-bunga cinta. Ni tak, gi tengok wayang, kononnya nak belanja awek/pakwe tapi guna duit mak bapak yang patutnya dilabur kat metro/rapid kl, makcik kantin, cikgu (bayar apa yg patut) dan benda-benda yang baik lagi.(Bagi kat aku pun takpe, haha.) Kan comel gitu. Okeylah. Panjang lak aku berleter. Bukan korang baca sangat pun kan. Sorry kalau ada yang terasa. Teguran semata-mata. Fikirkan lah ye. Sebelum buat fikir balik.


"Menangis kerana Allah itu rahmat; Menangis kerana ibu bapa itu keberkatan; Menangis kerana sahabat itu pengorbanan; Menangis kerana kekasih itu penyesalan..."                    -Junaid B. ibrahim- 

No comments:

Post a Comment

List of Archive :)