Saturday, March 12, 2011

11 Mac 2011

Assalamualaikum w.b.t .

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subahanallah .


Alhamdulillah negara kita dihindarkan dari bala bencana yang berlaku di Jepun tempoh hari. Namun, kita kena sentiasa berwaspada terhadap perkara seperti ini. Gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter melanda Jepun telah mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter menghentam Sendai di timur laut Miyagi, Pulau Honshu. Dengan itu, ratusan buah kenderaan dihanyutkan ke tengah bandar. Gegaran turut dirasai di kota Tokyo yang dihuni lebih 30 juta penduduk. 

Bekalan elektrik di sekitar bandar itu telah terputus. Gempa bumi pada pukul 2:46 petang waktu Malaysia selama 2 minit dengan gempa pertama lebih kuarang 400 kilometer di timur laut Tokyo. Gempa ini diikuti gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala Richter. Amaran tsunami juga dikeluarkan kepada Taiwan, Rusia dan beberapa negara terletak di Lautan Pasifik.

Sekarang lebih 2,000 mangsa tsunami ditemui. 28 anggota SMART dari Malaysia akan berlepas ke Tokyo, petang ini untuk memberi bantuan. Jepun terletak betul-betul di bawah Lingkaran Api Pasifik yang masih aktif. 

Lingkaran ini sentiasa bergerak justeru mengakibatkan gegaran di dasar laut. Gegaran tersebut mengakibatkan gelombang air. Tsunami (津波) bermaksud ombak besar dalam bahasa Jepun. Akibat pergerakan kerak bumi di dasar laut, air yang berada di sekitarnya akan menghasilkan gelombang. Gelombang akan menjadi lebih besar sebelum menghentam daratan.

Petanda tsunami akan berlaku adalah dengan melihat paras air laut. Manusia sering keliru antara air surut dengan tsunami. Sebelum tsunami tiba di daratan paras air laut di pantai akan berkurangan dengan mendadak. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tsunami layari:

Terima kasih kerana sudi membaca. Selalulah beringat. 
Bye-bye.

1 comment:

  1. naid camne koe bukak internet
    abg bkn kt china ker
    nvm nk tanye cam ne koe buat logo kt atas utk blog???
    tell mex3

    ReplyDelete

List of Archive :)